Tuesday, November 15, 2011

Tragedi Natrah...

----------------------------------------------------------------------------
360 di TV3 baru² ada menyiarkan kisah Natrah..
2 orang gadis belanda, generasi ke-3 natrah
datang melawat tempat bermanja mendiang neneknya
di terengganu..
salah seorang nya mirip muka Natrah ketika remaja..
perasaan ingin tahu meluap²..
tgk pada dokumentari yang disiarkan oleh tv3 nie,
kisah nya sgt sedih..
cucunya pun menangis mengenangkan kisah neneknya..Natrah..
kerana kisah ini juga lah, tanah melayu diletakkan di dalam peta dunia
kisah yang buat aku nak tahu ape disebaliknya..
tanya mak, tpi mak cakap, dia pun xfamiliar dgn cite nie..

------------------------------------------------------------------------------------
kisah nie terjadi sekitar tahun 1950 an..
perebutan seorang gadis suci, Natrah antara ibu angkatnya,
che aminah & keluarga Natrah (orang belanda)


Natrah @ Maria Huberdina Hertogh..
dilahirkan pada 24 Mac 1937 di tjimahi jawa, indonesia
jika namanya ditulis dalam bahasa jawi, sebutannya menjadi Nadra..
ketika umurnya 5 thn, dia diserahkan oleh ibunya sendiri (adeline) kepada seorang
peniaga kain (che aminah) di jawa yang berasal dari terengganu..
Nadra diserahkan atas dasar keselamatan..
ketika itu, orang jawa meluap² rasa benci pada orang kulit putih yang dianggap bangsa penjajah.
ketika itu pula, bapa nadra menjadi tahanan tentera jepun..

Che Aminah asalnya dari orang bangsawan..
dia bukan calang² orang..
dia sememangnya tersangat la mampu menjaga & membesarkan
nadra berbanding keluarga ibunya sendiri..
selain berniaga kain, dia juga guru mengajar bahasa jepun
dan telah membantu Adeline dalam urusan pekerjaan dengan orang jepun
senang cakap hubungan ibu, nenek nadra dengan che aminah sangat la baik..
sampaikan Che Aminah menghadiahkan mesih jahit kepada Adeline..
semasa Che Aminah menjaga Nadra, sebulan sekali Adeline dtg melawat anaknya..
oleh kerana faktor keselamatan Nadra di jawa,
Che Aminah membawa Nadra balik ke Kampung Banggol, Kemaman Terengganu
melalui singapura..

Selepas Hiroshima & Nagasaki dibom,
bapa nadra (Hertogh) dibebaskan,
dan mereka semua balik ke Belanda tanpa menemui Nadra..
usaha mencari diteruskan melalui kawan² di Singapura & Tanah Melayu..


Nadra dibesarkan oleh Che Aminah dgn penuh kasih sayang..
dan hidup dgn cara islam & budaya melayu..
melihat dari gambar² Nadra & Che Aminah..
Che Aminah sgt² sayang pada Nadra..
begitu juga Nadra..

++++++++++
TETAPI.....
+++++++++++

selepas 8 tahun, kasih sayang seorang ibu angkat ini,
terlerai akhirnya....
sedih sangat..


pada tahun 1950, mase tue Nadra berusia 13 thn..
atas perancangan tipu daya dan muslihat Sarjan Hertogh,
Che Aminah membawa Nadra ke Singapura..
Nadra terus dihantar ke Girl Homecraft, York Hill, Singapura


Che Aminah tidak berputus asa..
dia terus berusaha untuk mendapatkan balik Nadra..
dgn pertolongan peguam dari S.C Goho,
Nadra dikeluarkan dari York Hill
Che Aminah menang dan dapat balik hak penjagaan Nadra...


oleh kerana takut Nadra diambil semula,
Nadra dikahwinkan dengan anak kawan baik Che Aminah,
Mansor Adabi yang pada ketika itu berusia 22 tahun dan Nadra pula 13 tahun..
tapi mereka kahwin gantung..
Nadra & Mansor jatuh cinta pada pandangan pertama
& Nadra akui Mansor seorang yang baik..
perkahwinan meraka tersebar luas...sampai ke penhetahuan Keluarga Kandung Nadra..
dan mereka menjadikan alasan perkahwinan itu untuk mendapatkan Nadra semula..
silapnya perkahwinan mereka berlangsung di singapura - tanah jajahan British
yang mengamalkan Common Low dimana,
remaja dibawah umur 16 tahun tidak boleh dinikahkan.
jika perkahwinan mereka berlangsung di Tambak Johor sekali pun, masih dapat diselamatkan..
sbb negara kita mengamalkan undang² syariah Islam..
perempuan berumur 13 tahun dibenarkan kahwin
sebagaimana isteri Nabi Muhamad, Siti Aisyah

Makhamah memutuskan
Nadra di serahkan kepada keluarga kandungnya..
dia dipaksa dan dijadikan Katholik..
dia dibawa pergi senyap² tanpa berjumpa dgn ibu angkatnya yg tersayang
& suami tercinta..

selepas kes tersebut,
media singapura berkali² mengeluarkan gambar Nadra melutut di hadapan patung Virgin Mary..
seolah-olah menghina Islam..

Nadra dimurtadkan..
orang islam di kota singa & tanah melayu sepakat
untuk menebuskan maruah Islam yang dicemarkan...
akibat dari itu, tercetus lah 'Nadra Riots 1950'
seramai 18 orang mati dan ratusan orang yang cedera..
Singapura di isyhtiharkan darurat 3 hari 3 malam..
dia dibawa pergi senyap² tanpa berjumpa dgn ibu angkatnya yg tersayang
& suami tercinta..



------------------------------------------------------------------------------------------
dari pandangan orang yahudi, umat islam tidak boleh menerima keputusan makhamah,
sedangkan orang islam patuh pada keputusan makhamah itu,
cuma terkilan dengan provokasi yang dilakukan oleh orang yahudi.
---------------------------------------------------------------------------------------------

Semangat perjuang mereka yang sgt tinggi ini,
membuatkan aku sendiri rasa terharu..
mereka sanggup bergadai nyawa demi Islam..
Rusuhan ini telah meninggalkan kesan yang mendalam
pada hati setiap umat islam ketika itu.
Nadra sendiri merasa sangat bersalah tercetusnya rusuhan itu.
dia merasakan orang islam sangat marah padanya dan bertanggungjawap ke atas kematian yang terjadi akibat rusuhan itu


kehidupan nadra di Belanda dikawal ketat oleh polis &
Paderi²..
Nadra merasa sgt terkongkong..
semasa di sana, dia mencari masjid untuk sembahyang & xlupa untuk sembahyang 5 waktu & membaca Al-Quran..
hatinya sgt dekat dgn islam & melayu..

suami Nadra, Mansor Adabi terus berusaha mendapatkan semula isterinya..
banyak surat yang dia kirimkam utk Nadra,
tapi satu pun Nadra tak terima..
kakak Nadra telah membaca surat tersebut
dan tidak diberikan pada Nadra.
Pada suatu hari, Mansor Adabi telah menerima sepucuk surat
yang kononya ditulis sendiri oleh Nadra dalam bahasa melayu-indo menyatakan
dia sudah menganut agama Khatolik & melupakan dia..
di dalam surat itu Nadra menggunakan nama 'Bertha Hertogh'
surat tersebut mmg bukan Nadra yang tulis..
kemungkinan surat tersebut ditulis oleh kakak @ ibunya
yang mmg fasih dalam bahasa melayu-indo
Mansor Adabi sangat kecewa,
usahanya utk mendapatkan semula Nadra
terkubur..
dia akhirnya telah berkahwin dgn anak muridnya


Hidup Nadra dikawal ketat oleh polis & Paderi²..
tak boleh sesiapa pun orang islam dekat dgn nya
& memaksa Nadra melupakan terus Islam, Che Aminah, Mansor & tanah Melayu..
akhirnya dia membuat keputusan untuk
berkahwin pada usia 18 tahun dengan seorang tentera.
dikurniakan 10 anak..
kehidupannya sangat daif,
tak lama selepas itu, suaminya bersara dari tentera & berkerja sbg seorang tukang kayu.
Nadra hidup dalam kemiskinan.
dia merasa kehidupanya jauh lebih baik jika
dia tidak diambil dari tangan Che Aminah
pada suatu hari dia terlihat dokumentari di tv tentang Mansor Adabi yang sudah berkahwin & hidup dgn senang lenang & kaya raya
dia semakin tertekan sehingga cuba membunuh suaminya
Nadra ditahan oleh pihak polis tapi dibebaskan atas rasa kasihan
dengan nasib yang menimpanya..
dia bercerai & berkahwin dengan seorang lelaki yang selalu datang ke Cafenya.
tak lama lepas tue cerai lagi & hidup tanpa kahwin dgn seorang lelaki indonesia yang sudah mendapat taraf warganegara Belanda..


kisah Nadra memang sangat sedih..
dia meninggal pada usia 72 tahun akibat Leukimia..
sehingga sebelum dia mati pun,
sayangnya pada Mansor Adabi, Che Aminah & kehidupan zaman kanak²nya xpernah padam..

dia juga tak mahu mayatnya dikuburkan, dia telah menderma mayatnya di Hospital Belanda..

kerana cinta & kasih,
Mansor tetap berusaha keras untuk mendapatkan Nadra semula,
kerana cinta & sayang,
Che Aminah tak putus² berusaha mencari jalan supaya tak dipisahkan dengan jantung nyawanya...
kerana desakan hidup yang miskin & sayang pada anak,
ibunya terpaksa menyerahkan Nadra pada orang lain..
kerana rindu,
keluarga Nadra terus berusaha mendapatkan anak yang tersayang...
kerana cintakan ALLAH,
ramai yang terkorban untuk menegakkan agama Islam...

-----------------------------------------------------------------------------------
Nadra, Islam bukan agama asalnya..
selepas dijaga oleh Che Aminah, dia diIslamkan
dan dibesarkan dgn ajaran Islam & budaya Melayu,
dia diambil semula oleh keluarga kandungnya disaat
Islam & melayu sudah sebati dalam dirinya..
dia dibawa ke Belanda dan didedahkan semula dgn agama asalnya..
disana dia dikawal ketat oleh paderi² & polis..
bagaimana dia ketika itu dia baru 13 tahun, menghadapinya seorang diri..
tiada tempat untuk merujuk & bertanya tentang Islam..
mencari-cari arah kiblat..
YA ALLAH..kasihannya dia...

-----------------------------------------------------------------------------------

"..YA ALLAH, jika ada rasa sekelumit sayang padanya, KAU terima lah dia di sisi MU..kasihanilah dia dan ampunkanlah segala dosanya..amin.."