Thursday, July 28, 2011

cerita di bulan Ramadhan


Salam Ramadhan al-Mubarak..
yang bakal tiba bape 4hari je lagi...
semoga kite diberi keizinan untuk menjalankan ibadah puasa lagi pada thn nie..
amin..

haa, thn lepas punya puasa,
aku tgh dalam pantang..
bersalinkan lily lagi seminggu nak posa..
habis la nak dekat sebulan gak aku xposa..
sempat 1mgu je..semoga 1mgu posa aku tue diterima ALLAH s.w.t.
so, aku xposa 23 hari..tgk la aku nyer degil sampai skang aku xganti lagi..
ape nak jadi la..dah jadi mak orang pun perangai xberubah²..
adoiyai...
kire kat http://zakat.com.my/kalkulator-fidyah
aku nyer fidyah klu 23 hari = rm 41.40

teringat thn lepas mase nie aku tgh dalam pantang...
asyik nk nangis, tension..
xbleh kuar jalan²..
mkn hati aku tgk org lain kuar jalan²..
solek, pakai baju lawa bagai...
aku nie ngan rambut toncet tinggi, stokin,
kain batik, ngan pilis lagi..
bengkung manjang..konon xnak perut boroi..
tp boroi gak..
xder nyer bau perfume..bau minyak kayu putih ader la..
dah nak habis pantang nie, aku ape lagi,
dah xpakai dah kain batik, terus pakai suar pendek..
kak long datang kene bebel...
ehehhe...
dlm smgu nak abis pantang,
adik ajak gi bazar ramadhan, terus cepat² tukar jeans..
ape je lah aku nie..





Thursday, July 14, 2011

hasad dengki



"Wahai Tuhan Kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman dan janganlah Engkau jadikan dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah belas kasihan dan rahmatMu."
surah Al-Hasyr 59: 10

sebenanornya perasaan hasad dengki
@
lebih dikenali dgn PHD adalah penyakit hati..
haaa..haaa..takut tak?
tp biasalah org melayu kita nie,
jenis xbleh tgk orang lain lebih sket..
mula lah ader perasaan dengki mendengki..
xder byk pun sikit mesti ader kan..kan..kan..?
tp tgk la cam ne kite nak kawal benda nie dar jadi lebih besooO..
aku pun mohon pada ALLAH s.w.t agar aku dapat mengawal segala perasaan
yang membolehkan aku melakukan yang dilarang olehNYA...
ader terbaca kat facebook Dato' Dr Mohd Fadzhilah Kamsah,
cara² menghidari perasaan hasad dengki nie..
untuk renungan bersama...

Cara menghindari penyakit ini:

1. Rendahkan diri kepada ALLAH dan banyakkan berdoa:

Allhummahdi qalbi waslul sakhiimati sodri
Maksudnya: “Ya ALLAH, tunjukkan hatiku ke jalan yang benar dan keluarkan segala penyakit hati dari diriku.”

2. Kajilah al-Quran dan banyakkan membaca ayat-ayat berkaitan hasad. Mudah-mudahan hati bergetar dan menambahkan ketakutan dalam diri.

3. Banyak membaca sejarah kehidupan Nabi s.a.w tentang cara baginda menjauhi sifat itu seperti Kitab Nurul Yakin fi Sirah Sayyid al-Mursalin.

4. Membaca kisah para sahabat mengenai adab dan akhlak mereka seperti Kitab Suwar Min Hayat al-Sahabah, karya Abdul Rahman Ra’fat al-Basha.

5. Apabila syaitan cuba menimbulkan perasaan itu dalam diri kamu, segeralah membaca isti’azah.

6. Jangan risau kejahatan yang dimainkan oleh hati kerana ia tidak dihisab.
Syeikh al-Islam Ibn Taimiyah r.h berkata:
“Tidak dihisab terhadap apa yang dimainkan dalam diri manusia. Tetapi, dia dihisab atas apa yang dikatakan atau dilakukannya.”

7. Banyak memberi hadiah dan salam kepada orang yang dihasad untuk menimbulkan perasaan sayang.

Sabda Nabi s.a.w:
“Mahukah aku ajar kepada kamu suatu perkara jika kamu lakukan bersama-sama akan menambahkan kasih sayang, iaitu sentiasa memberi salam antara kamu.” –Hadis riwayat Muslim, Ahmad dan al-Tirmizi.

Wallahu a’lam.

Monday, July 11, 2011

Majlis Cukur Jambul - Dalily Fahima



pada 02 July 2011, lepas isyak
kami sekeluarga mengadakan Majlis Cukur Jambul & Tahlil..
akhirnya..tercapai gak hasrat aku & faizal nak wat..
dari sebulan ke sebulan..
mase majlis tue, sebok nak confirmkan tarikh..
dah last minute jemput org..
yg dtg cuma jiran & sedara mara & kawan
buat biasa je...masak kampung..
tp seronok la dpt kumpul sedara mara aku yang xseberapa nie...
mase majlis tue, xder potong² rambut pakai gunting tue..
lily kena celet madu, sapu air beras..cium sket..
dah...
ada gak lily dapat 'collect'..ehehe..
tp aku mmg rase lega bile majlis nie dah selesai...
tercapai gak kan..?



Wednesday, July 6, 2011

Tangan Ajaib

Ketika kita lapar...tangan ibu yang menyuap,

Ketika kita haus...tangan ibu yang memberi minuman,

Ketika kita menangis...tangan ibu yang mengesat air mata,

Ketika kita gembira...tangan ibu yang menadah Syukur,memeluk kita erat dengan deraian air mata bahagia,

Ketika kita mengantuk...tangan ibu yang dodoikan dengan penuh kasih sayang,

Ketika kita mandi...tangan ibu yang meratakan air ke seluruh badan,membersihkan segala kekotoran,

Ketika kita dilanda masalah...tangan ibu yang membelai duka sambil berkata:Sabar nak, Sabar ye sayang.

Namun,

Ketika ibu sudah tua & kelaparan...tiada tangan dari anak yang menyuap,

Dengan tangan yang menggeletar, ibu suap sendiri makanan ke mulut dengan linangan air mata,

Ketika ibu sakit...di mana tangan anak yang ibu harapkan dapat merawat kesakitan ibu?

Ketika nyawa ibu terpisah dari jasad...

Ketika jenazah ibu nak dimandikan...

di mana tangan anak yang ibu harapkan untuk menyirami jenazah ibu buat kali yang terakhir.

Tangan ibu, tangan ajaib...

Sentuhan ibu, sentuhan kasih...

Boleh membawa ke Syurga Firdausi...

Ciumlah tangan ibu,

Sebelum ibu pergi bertemu Illahi & takkan kembali lagi...

Nukilan Dato' Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood (Pendakwah & Pengacara Semanis Kurma TV9)

Friday, July 1, 2011

Universal Studio - Singapore


Universal Studio - Singapore

tempat keje aku hri tue ader meeting,
dia ckp nak buat trip ke US-Singapore
pada 31.07.2011
klu xpegi rugi plak..
nak bwk org luar boleh, tp kena bayar RM 200
pasport kena sediakan sendiri..
tp company bg advance tuk staff yg nak wat pasport..
klu aku nak pegi, bawak faizal & Lily..
wat pasport tuk 3 org..3rat
tmbh lagi 2rat dah 5rat..
muahahhaa...pas tue kat sane nti company bg duit kocek satu staff $50
aku mmg nak pegi..
tp xtau lagi ongkos nie nak kena kira gak..
dah le wat pinjaman semua xlepas..
bosan la..
cuba la aku dapt duit terpijak ke..
xpun, tetiba ader org tertinggal kan beg 'james bond' dia yang ader isi berjuta² duit malaysia ke USD ke..pas tue aku plak yang jumpe..perghhh!!!
mmg bukan takat US-Singapore je, US-Hollywood pun aku leh pegi..
kuang kuang kuang...terberangan plak aku nie..
tp aku akan usahakan yang aku n family leh
join rombongan cik kiah ke Universal Studio tue..
yeeehaaaaa...!! arrribbaa...!!