Thursday, July 14, 2011

hasad dengki



"Wahai Tuhan Kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman dan janganlah Engkau jadikan dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah belas kasihan dan rahmatMu."
surah Al-Hasyr 59: 10

sebenanornya perasaan hasad dengki
@
lebih dikenali dgn PHD adalah penyakit hati..
haaa..haaa..takut tak?
tp biasalah org melayu kita nie,
jenis xbleh tgk orang lain lebih sket..
mula lah ader perasaan dengki mendengki..
xder byk pun sikit mesti ader kan..kan..kan..?
tp tgk la cam ne kite nak kawal benda nie dar jadi lebih besooO..
aku pun mohon pada ALLAH s.w.t agar aku dapat mengawal segala perasaan
yang membolehkan aku melakukan yang dilarang olehNYA...
ader terbaca kat facebook Dato' Dr Mohd Fadzhilah Kamsah,
cara² menghidari perasaan hasad dengki nie..
untuk renungan bersama...

Cara menghindari penyakit ini:

1. Rendahkan diri kepada ALLAH dan banyakkan berdoa:

Allhummahdi qalbi waslul sakhiimati sodri
Maksudnya: “Ya ALLAH, tunjukkan hatiku ke jalan yang benar dan keluarkan segala penyakit hati dari diriku.”

2. Kajilah al-Quran dan banyakkan membaca ayat-ayat berkaitan hasad. Mudah-mudahan hati bergetar dan menambahkan ketakutan dalam diri.

3. Banyak membaca sejarah kehidupan Nabi s.a.w tentang cara baginda menjauhi sifat itu seperti Kitab Nurul Yakin fi Sirah Sayyid al-Mursalin.

4. Membaca kisah para sahabat mengenai adab dan akhlak mereka seperti Kitab Suwar Min Hayat al-Sahabah, karya Abdul Rahman Ra’fat al-Basha.

5. Apabila syaitan cuba menimbulkan perasaan itu dalam diri kamu, segeralah membaca isti’azah.

6. Jangan risau kejahatan yang dimainkan oleh hati kerana ia tidak dihisab.
Syeikh al-Islam Ibn Taimiyah r.h berkata:
“Tidak dihisab terhadap apa yang dimainkan dalam diri manusia. Tetapi, dia dihisab atas apa yang dikatakan atau dilakukannya.”

7. Banyak memberi hadiah dan salam kepada orang yang dihasad untuk menimbulkan perasaan sayang.

Sabda Nabi s.a.w:
“Mahukah aku ajar kepada kamu suatu perkara jika kamu lakukan bersama-sama akan menambahkan kasih sayang, iaitu sentiasa memberi salam antara kamu.” –Hadis riwayat Muslim, Ahmad dan al-Tirmizi.

Wallahu a’lam.

No comments: